What we think, we Become. Buddha
|
SIAPA TUN TEJA?
Nama penuhnya ialah Tun Teja Ratna Benggala , anak Bendahara Pahang dalam akhir abad ke 15. Beliau adalah seorang gadis yang bersopan santun. Murni tingkah lakunya, berbudi bahasa orangnya dan sangat jelita wajahnya. Perwaatakan kewanitaannya amat menarik hati yang di Pertuan Negeri Pahang. Beliau akhirnya dipinang oleh Yang Di Pertuan. Pandangan seorang pelukis wajah jelita Tun Teja Kejelitaan dan pekerti mulia Tun Teja sampai kepengetahun Sultan Mahmud Melaka.Sultan Mahmud ingin memperisterikan Tun Teja. Mengikut Sejarah Melayu Tun Teja telah berjaya dibawa keMelaka oleh Hang Nadim. Manakala Hikayat Hang Tuan, Hang Tuah yang mebawa TunTeja ke Melaka. Tidak kira siapa yang kembawanya akhirnya Tun Teja telah berjaya dibawa ke Melaka. Akhinya Tun Teja berkahwin dengan Sultan Mahmud Melaka dan tinggal bersama-samanya di Istana Melaka. |
Pandangan seorang pelukis wajah jelita Tun Teja
|
Tun Teja Di Makamkan di MERLIMAUSultan Mahmud berbincang dengan Seri Nara Diraja, Sang Sura dan ahli kelurganya bagaimana hendak membawa jenazah Tun Teja ke Muar, sedangkan perjalanan sangat jauh dan makan masa beberapa hari. mereka bersetuju yang Tuan Teja hendaklah dimakamkan ditempat itu juga (Pengkalan Samak, Merlimau) dengan alasan Muar masih jauh, perjalanan makan masa 4 atau 5 hari, tidak ada kemudahan menyelamatkan jenazah yang mungkin menjadi terlalu uzur dan tidak menyiksa mayat. Semua bersetuju dimakamkan di kawasan itu.
Kawasan yang dipilih oleh Sultan Mahmud terletak di sebuah kawasan yang tinggi sedikit di sekitar kawan itu. (Kawasan ini sebenarnya kawasan tanah tinggi tetapi apabila diigunakan oleh penduduk tempatan sebagai aktiviti pertanian kawasan ini telah runtuh akibat dari dijadikan tempat rehat, Menambat kerbau, menjemur padi, menangin padi, membaja padi, membut pondok, menyimpan benih dan sebagainya) |
Jenazah Tun Teja selamat dikebumikan dalam keadaan yang serba sederhana. Sultan Mahmud dan angkatannya tinggal di Merlimau selama tiga hari selepas kemangkatan Tun Teja. Pada pagi hari yang keempat Sultan Mahmud mengziarahi makam Tun Teja dan selepas berdoa baginda dan angkatannya berangkat ke Muar.
Bersemadilah Jenazah Tun Teja di Solok Menteja, Pengklalan Samak, Merlimau Melaka. |
Lokasi Makam Tun Teja